Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera, Saya memohon maaf kerana terpaksa melakukan tindakan tidak popular iaitu tidak lagi membenarkan komen yang menggunakan nama samaran mulai 18 Ogos 2009. Walaupun komennya baik atau sebaliknya, saya terpaksa padam untuk mendidik rakyat Silam agar bertanggung jawab di atas komen mereka dan tidak menjadikan blog ini sebagai tempat untuk melampias dendam atau taman permainan kanak-kanak.
PENDAFTARAN KEAHLIAN ALUMNI AGASEH SECARA ON-LINE
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera! Selaku Presiden Penaja Alumni SMK Agaseh Lahad Datu Sabah, saya mengalu-alukan pendaftaran keahlian secara on-line, 24 jam sehari melalui email: onesilam@gmail.com. Bekas Pelajar SMK Agaseh hanya perlu menghantar resume ringkas (Biodata) atau resume lengkap melalui email di atas kerana borang rasmi akan disediakan oleh urusetia berdasarkan email yang tidak memerlukan sebarang tandatangan atau salinan kad pengenalan. Memandangkan ramai bekas pelajar berada di luar negara atau di luar Lahad Datu, maka persidangan Agung akan dijalankan secara Tele-conference jika kelulusan diperolehi daripada Pendaftar Pertubuhan Sabah. Sehubungan itu, saya menyeru agar semua bekas pelajar SMK Agaseh mendaftar dengan Alumni ini bagi membolehkan kita menyumbang bakti kepada sekolah yang telah memanusiakan kita selama ini. Salam Hormat. YB TUAN HAJI SALLEH KALBI Presiden Penaja Alumni SMK Agaseh, Lahad Datu, Sabah Merangkap Ahli Parlimen Malaysia P 188 Silam
BLOG RASMI AHLI PARLIMEN SILAM
Selepas 31 Mei, semua blog YB Salleh akan tertumpu kepada blog rasmi ini manakala blog lain akan menjadi blog sokongan yang tidak akan diaktifkan lagi sebaliknya akan terus ke Blog baru ini.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN JITU ANDA!
WALAUPUN dunia diletakkan di dalam gengaman anda, ia akan tetap berputar tanpa henti. Begitulah juga dengan kehidupan kita yang tidak akan terhenti selagi belum melakarkan kejayaan. Jika ditakdirkan saya melakukan kesilapan, tegurlah saya dengan kasih sayang. Jika saya berjaya melakukan sesuatu tanpa bantuan anda, berbanggalah kerana tanpa anda sedar selama ini andalah yang mendorong saya bekerja lebih gigih tanpa mengenal putus asa!
PENAFIAN/DISCLAIMER
Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.
RUKUN NEGARA, RUKUN KITA
RUKUN NEGARA LATAR BELAKANG Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara. MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA. i)Matlamat Rukun Negara - mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara- a)Kepercayaan kepada Tuhan-agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan. b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara-semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara. c)Keluhuran Perlembagaan-perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya d)Kedaulatan Undang-Undang-rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. e)Kesopanan Dan Kesusilaan - rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
PEDOMAN UNTUK RAKYAT SILAM!
"Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang hanya membuat apabila disuruh." LUKMAN AL-HAKIM.
BLOG INI SEDANG DALAM PEMBIKINAN
Kami mohon maaf kerana blog ini masih dalam pembikinan dan akan menemui anda pada 1 Jun 2009. Kami mohon maaf jika terdapat gangguan ketika melayari blog ini. Terima Kasih!
KENANGAN DI NAIROBI, KENYA, AFRIKA
"Humanity was born in Africa. All people, ultimately, are African"
MANDELA MEMPERKASA MINDA
"Our deepest fear is not that we are inadequate. Our deepest fear is that we are powerful beyond measure. It is our light, not our darkness, that most frightens us. We ask ourselves, who am I to be brilliant, gorgeous, talented, and fabulous? Actually, who are you not to be? You are a child of God. Your playing small doesn't serve the world. There's nothing enlightened about shrinking so that other people won't feel insecure around you. We are all meant to shine, as children do. We are born to make manifest the glory of God that is within us. It's not just in some of us, it's in everyone. And as we let our own light shine, we unconsciously give other people permission to do the same. As we are liberated from our own fear, our presence automatically liberates others."
MUNGKINKAH KAMI DARI JURAI KETURUNAN YANG SAMA?
Mungkinkah Timbalan Speaker Parlimen Kenya, Farah Maalim berasal daripada satu jurai keturunan yang sama kerana bapa ibu saya, Ibnu Arab berasal daripada Arab Saudi, sama dengan Farah. Mungkinkah suratan atau kebetulan?
PEJABAT PARLIMEN SILAM MESRA PELANCONG?
Mungkin tidak siapa menyangka bahawa ramai pelancong luar negara singgah ke Pejabat Ahli Parlimen Silam untuk menandatangani autograf dan bertukar pandangan berhubung pelbagai perkara. Ramai pelancong beranggapan bahawa Pejabat Parlimen Mesra Pelancong. Benarkah mereka lebih mengenali Danum Valley dan Tabin daripada nama Lahad Datu? Mereka lebih mudah menyebut Silam sebagai Salem. Mereka mengalu-alukan pembukaan Silam High Country di Silam pada 2010. Bagaimana pula pandangan anda?
PERJALANAN 1,000 BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA?
Bak kata pepatah China, Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Pertama. Dengan langkah pertama ke alam politik serba mencabar, saya mendapat sokongan rakan dan taulan untuk terus berlari di rimba politik yang tidak bersempadan. Mampukah saya melangkah jauh jika saudara saudari tidak lagi memberikan sokongan? Marilah sama-sama kita membina 1Silam yang gemilang dengan mengamalkan konsep 1silam, 1unity & 1love.
FLORA YANG SEMAKIN PUPUS
Periuk kera atau pitcher plant ini semakin pupus dan hanya terdapat di beberapa tanah tinggi bukit tinggi seperti bukit Silam. Usaha bersungguh-sungguh semua pihak amat diperlukan untuk memastikan tumbuhan istimewa yang hidup dengan memerangkap serangga di dalam 'periuk' agar generasi akan datang masih mengenali spesis ini agar tidak menjadi seperti dinasour yang hanya dilihat di muzium dan layar perak.
BAHAYA YANG TIDAK DIUNDANG
Bukit Silam adalah Stesyen Pemancar dan Komunikasi Terpenting bagi daerah Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Jaringan komunikasi yang dipusatkan di sini sewajarnya dikawal ketat agar tidak mudah diceroboh. Walaupun diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri, namun ianya hanya mempunyai seorang pengawal dan tidak berpagar. Senario ini mengundang bahaya kepada Stesyen berkenaan. Keselamatan stesyen pemancar ini tidak boleh dipandang ringan apatah lagi hanya dua jam perjalanan daripada Sitangkai, Filipina. Semoga langkah keselamatan diperketatkan.
MENYUSUR JEJAK BANGSA
Majlis Kenduri Arwah Saudara baru-baru ini memberi seribu rahmat kerana berpeluang menyusur jejak bangsa yang berasal dari keturunan alim ulama dari Pulau Omadal, Semporna. Kejayaan memperoleh salasilah daripada bapa saudara dan saudara mara adalah hadiah yang paling berharga kerana ketokohan seseorang manusia itu tidak akan sempurna selagi tidak mengenal diri dan keturunannya. Dalam nada syukur, pencarian selama lebih 46 tahun akhirnya menemui jalan lurus tanpa simpang sehingga dapat menyusur lebih 20 generasi Sarahari yang terkenal di Magindora sejak lima abad lalu!
POHON MANGGA NAN SEBATANG!
Pohon mangga ini telah ditanam oleh seorang ulama kira-kira seratus dua puluh tahun lalu di hadapan Balai Polis Pulau Tambisan. Mengikut khabar, pokok ini telah menjadi hijab bagi mereka yang berniat jahat sehingga tidak dapat melihat Kuala Tambisan atau melihat Tambisan sekalipun mereka melalui kawasan tersebut. Kehebatan ulama berkenaan menandingi Tok Kenali, namun namanya masih belum dikenal pasti secara sah. Ada yang mengatakan Syeikh Abdul Ghani dan ada pula mengatakan Makhdum. Pokok ini menyimpan seribu satu rahsia yang belum terungkap kerana Allah mahu mengetahui apa yang tidak diketahui hambanya. Semoga rahsia yang tersimpan sejak lebih seabad lalu akan tersingkap.
HADIAH YANG PALING BERNILAI
TIDAK ada hadiah yang paling bernilai selain sebuah kitab Suci Al-Quran yang diberikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Agama Negeri, Haji Khamis, Batu 1, Lahad Datu. Sejajar dengan sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w bahawa umatnya tidak akan sesat salagi berpandukan Al-Quran dan Hadis. Terima kasih kepada Pengerusi PIBG, Tuan Haji Shaifulnizam Haji Salam yang merupakan teman sejati saya kerana bersusah payah membendung kemarahan ibu bapa yang kecewa kerana Sekolah Agama ini dalam keadaan serba kekurangan dan ketinggalan serba serbi. Pedoman yang terkandung di dalam Al-Quran ini perlu diterjemahkan kepada usaha tanpa mengira jemu agar suatu hari nanti impian saya dan para ibu bapa akan menjadi realiti.
AYAM BERMACAM AYAM!
Tongkeng ayam yang dipanggang merupakan salah satu sajian yang diminati ramai di Restoran Puri Permata, Bandar Cenderawasih, Felda Sahabat, Lahad Datu. Tongkeng ayam yang dipanggang ini amat menyelerakan jika dicecah dengan sambal kicap khusus yang dibuat oleh penjual. Namun Tongkeng panggang ini hanya dijual pada waktu tengah hari dan petang. Bagi pesakit darah tinggi atau mempunyai kadar kolestrol yang tinggi atau pesakit gout, makanan ini tidak begitu sesuai kerana kandungan lemak dan kolestrol tepu yang membahayakan kesihatan mereka. Selamat menikmati hidangan!
TANAH RUNTUH YANG MEMBAHAYAKAN
Tragedi jalan runtuh 1996 yang hampir meragut nyawa pengguna jalan raya di Lebuhraya Tungku-Lahad Datu belum cukup untuk memberi kesedaran kepada Jabatan Kerjaraya untuk memastikan penyelenggaraan jalan raya dalam keadaan siap guna. Kejadian dua jalan runtuh terbaru ini berlaku berhampiran jalan runtuh 1996 masih belum dibaiki atau langkah persediaan untuk membuat lencongan jalan bagi mengelak runtuhan ini lebih serius. Menteri Kerja Raya sewajarnya turun padang mengadakan lawatan mengejut bagi mengatasi masalah 38 lokasi jalan runtuh di sekitar Silam. Jika dua runtuhan ini tidak dikawal, maka 30,000 penduduk Tungku akan terputus hubungan.
KEMBALINYA SEORANG PATRIOT!
Allahyarham Khalid Haji Emok adalah seorang patriot kepada negara kerana berkhidmat dengan cemerlang. Namun Tuhan lebih menyayanginya walaupun negara masih memerlukan khidmatnya sebagai pegawai awam yang berdedikasi. Adalah menjadi tugas setiap wakil rakyat untuk menziarahi kubur dan memakmurkan masjid dengan pelbagai kegiatan amal. Majlis pengkebumian jenazah Allahyarham Khalid kelihatan begitu 'meriah' kerana ramai sanak saudara dan handai taulan datang menziarah dan mengkebumikan jenazah Allahyarham. Namun agak malang kerana Tanah Perkuburan Sapagaya tidak dijaga dengan sempurna sehingga bagaikan kolam disebabkan tidak mempunyai sistem perparitan walaupun telah diwartakan sebagai tanah wakaf.
PROTOKOL KYOTO 1997
Penanaman Jatropha Curcas adalah untuk mengatasi masalah pemanasan global. Sehubungan itu, penanaman tiga pokok Jatropha di perkarangan bangunan Kompleks Pentadbiran Felda Sahabat baru-baru ini selaras dengan Protokol Kyoto 1997 yang merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global.
TAMADDUN ISLAM DI KENYA?
Runtuhan Masjid Gede, berdekatan Kampung Malindi, Kenya ini membuktikan bahawa Islam sudah lama bertapak di Kenya sekitar abad ke 13. Siapakah yang mampu mentafsirkan kehebatan pada dai' atau pendakwa Islam mengembara di padang pasir nan tandus untuk mengIslamkan penduduk Gede sedangkan kita tidak mampu 'MENGAMALKAN AJARAN ISLAM' yang syumul di negara yang agama rasminya ISLAM. Jika kejujuran dan keikhlasan manusia hanya dinilai dengan wang, maka semakin sukarlah tugas seorang wakil rakyat untuk 'MEMANUSIAKAN MANUSIA'.
PEMBANGUNAN SONGSANG TIDAK BERSEMPADAN?
Pembangunan yang tidak terancang akan menjadi agenda menyongsang kemajuan. Pembinaan jeti di Pulau Tambisan ini menunjukkan tidak ada perancangan. Pembangunan bersifat 'Christmas Shopping' atau 'Hari raya Korban' masih berlaku baik melalui sistem cabutan atau tender terbuka. Tidak ada fokus menyebabkan jeti nelayan ini mempunyai sempadan kerana peruntukan dikeluarkan hanya mencukupi setakat seratus meter sahaja dan bakinya yang tidak dibina membahayakan pengguna. Jika mereka tahu merancang, maka isu pembinaan jeti menggunakan dua peruntukan seperti ini tidak timbul. Pemantauan yang 'sifar' menyebabkan bayaran dibuat sekalipun pembinaan tidak siap. Siapakah yang akan menanggung kesengsaraan? Penduduk Tambisan agak malang kerana masalah birokrasi yang mencengkam!
SUKU KAUM YANG HAMPIR PUPUS?
Generasi Muda Suku Kaum Bagahak yang hampir pupus ini mendiami Ulu Tungku adalah pemilik asal Gua Madai yang ditemui oleh Moyang mereka Gomorid Kinau bersama anjing kesayangannya Siud Rapod. Namun sejarah telah menjadikan Bumiputera Tulen ini tewas dalam perebutan Gua Madai yang kini dikuasai Kaum Idahan (Iraan) atau 'Saudara Baru' mereka. Tetapi sejarah dan kebenaran sukar untuk dipadamkan apabila sehingga ke hari ini, kesan peninggalan Kaum Bagahak masih terdapat di Gua Madai. MIsteri Belluk Apag, Belluk Kuron dan Belluk Tissing masih menjadi enigma yang menghantui generasi Idahan yang sebenarnya 'merampas' hak asasi rumpun mereka sendiri. Siapakah yang akan memperbetulkan sejarah Gua Madai ini?
BERBUDI KEPADA YANG MENGENANG JASA
Wanita daripada kampung Manar, Tungku ini adalah salah seorang penerima peruntukan Mesin Jahit Peruntukan Parlimen yang tahu mengenang jasa. Beliau menunjukkan mesin jahit yang beliau gunakan untuk menjana pendapatan keluarga dan menjahit pakaian anak-anak. Wanita ini benar-benar mengerti apa itu peruntukan yang disalurkan kepada golongan miskin untuk merubah taraf hidup mereka. Bak kata pepatah China, jangan berikan ikan kepada nelayan sebaliknya berikan pancing agar mereka terus dapat berusaha menangkap ikan. Pemberian mesin jahit ini umpama memberikan pancing kepada Nelayan. Namun agak malang, kebanyakan penerima bantuan peralatan sebelum ini menjual kembali peralatan yang diberikan semata-mata untuk memperoleh untung mudah. Kini setiap penerima peruntukan parlimen Silam dikehendaki membuat aku janji untuk tidak menjual peralatan atau bantuan yang diberikan kepada mereka. Jika mereka engkar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memburu mereka!